Kuala Kangsar, 9 Jan 2014 – Malam tadi telah berlangsungnya Program Malam Belia Berselawat Peringkat Negeri Perak bertempat di Arena Square Kuala Kangsar. Program bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul ini yang dianjurkan oleh Majlis Belia Negeri Perak dan dihoskan oleh Majlis Belia Daerah kuala Kangsar telah mendapat kerjasama baik daripada Kerajaan Negeri Perak, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar dan Pusat Khidmat ADUN Bukit Chandan. Majlis Belia Daerah dan K Perak.
Lebih 1000 belia telah menghadiri program tersebut yang telah melebihi jangkaan asal yang bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan sesi tazkirah oleh Ust Ahmad Munawir bin Salehudin, Solat Isyak berjemaah dan zikir selawat. Kumpulan Nasyid Inteam dan beberapa kumpulan Selawat dan Qasidah tempatan juga turut sama mengetuai alunan zikir dan selawat yang berkumandang pada malam tersebut.
Turut sama memeriahkan program pada malam tersebut ialah YB Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Exco Kerajaan, YB Maslin Sham Bin Hj Razman, Adun Bukit Chandan, YB. Wan Khairil Anuar Bin Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Encik Mohamad Kamil bin Shafie, Adun Manong, En. Mohd Nazaruddin b. Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif K-Perak, Sdr Khairul Nauar Bin Mohd Nor (Ketua Pemuda Umno Negeri Perak) dan En. Azahari Bin Mohammad (Pengarah, Jabatamn Belia Dan Sukan Negeri Perak).
Saudara Hasnul Fairuz B Hushin Amri (Presiden MBN Perak), ketika ditemui berkata bahawa ini merupakan majlis ilmu perdana rentetan daripada majlis Ilmu bulanan sebelum ini dan program seumpama ini akan diteruskan dan kemungkinan akan diturunkan di setiap majlis Belia Daerah, beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu-tetamu kehormat, artis dan kumpulan qasidah jemputan, para urusetia serta seluruh hadirin yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara yang penuh bermakna tersebut.
Pihak penganjur berharap semoga pendekatan yang dijalankan akan dapat membentuk sahsiah yang baik di kalangan masyarakat terutama para belia di Negeri Perak. , Yb Kamil (Adun Manong), En Nazaruddin ( Ceo KPerak), Ybhg Hairul Anuar (KP Negeri) dan En Azahari (Pengarah JBS Pk), sudi hadir dlm majlis serba ringkas ini. Ucapan terima kasih kepada semua artis, urusetia MBN dan para hadirin hadirat yg hadir ke majlis ini. Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar teman ucapkan tahniah dan terima kasih sudi jadi tulang belakang dalam menjayakan program ini. Sekali lagi kepada semua saya ucapkan terima kasih
“MBN Perak – Pembentukan Rohani ke arah Belia Amanjaya.”