MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kritikan terhadap kerajaan bukti Kit Siang terdesak

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru orang ramai agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN), memperlihatkan kerisauan beliau terhadap transformasi yang dilakukan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyifatkannya sebagai tindakan yang terdesak, dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili golongan muda turut mengecam kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu bahawa masyarakat Cina di negara ini sudah pun mencapai kemakmuran meskipun dakwa beliau berlakunya salah tadbir, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Pusat.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah menganggap tindakan Kit Siang itu sebagai hujah politik yang tidak matang meskipun telah berdekad lamanya pemimpin kanan parti bersifat cauvinis Cina tersebut menceburi bidang politik.

Katanya, kemakmuran yang dinikmati semua pihak termasuk masyarakat Melayu dan India hari ini dipelopori oleh faktor kestabilan serta kecekapan menarik pelaburan asing, menyebabkan segala peluang-peluang ekonomi dimanfaatkan negara sebaik-baiknya.

“Sebelum Kit Siang mendakwa terdapat banyak salah laku dilakukan Kerajaan Pusat, beliau kena tengok cermin dahulu, jangan hanya tahu menuding jari.

“Sepatutnya beliau melihat sokongan golongan muda Cina terhadap kerajaan bertambah di bawah Najib. Mereka menyokong gagasan 1Malaysia serta menghargai usaha Perdana Menteri menjaga kebajikan serta memberi keadilan sewajarnya kepada seluruh rakyat.

“Namun, kegusaran Kit Siang terhadap sokongan itu memaksa beliau membuat satu polemik politik baru yang akhirnya akan memalukan dirinya sendiri. Beliau mungkin tidak tahu bahawa generasi muda kini lebih terpelajar dan tidak mudah diperalatkannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perutusan Tahun Baru Cina baru-baru ini, Kit Siang berkata, meskipun berlakunya salah tadbir, rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO dan BN, masyarakat Cina telah mencapai kemakmuran.

Kata beliau, tiada apa yang perlu dihargai oleh rakyat Malaysia terhadap kepimpinan UMNO dan BN, sebaliknya, rakyat perlu menyalahkan mereka atas kegagalan menggunakan peluang-peluang yang ada untuk menjadikan negara lebih maju, makmur dan berdaya saing serta bersatu padu dan harmoni.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, kenyataan Kit Siang itu adalah antara contoh kepimpinan yang menggalakkan sifat mementingkan diri atau cauvinis dalam mentadbir negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »