MAJLIS BELIA MALAYSIA

KPO Virtual 2021 libatkan 100 peserta ILKBS Zon Timur

DALAM TALIAN 27 Dis – Sedang berlangsung Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Virtual 2021 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan. Kursus secara maya ini mengumpulkan 100 peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia Zon Timur.

Kursus yang berlangsung selama 1 hari ini dikhususkan kepada modul kepemimpinan dan pengikut oleh Haji Mohd Sukor, bekas Timbalan Presiden MBM; modul penulisan dan dokumentasi oleh Sdr. Wan Sabri, bekas Exco MBM dan Pengurusan kewangan oleh Encik Mohd Azri Abdul Rahim, Pegawai Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.

Program ini telah dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »