“Pemimpin belia perlu komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta ikhlas dalam perjuangan” itu antara pesanan Datuk Syed Osman Mohamed, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) ketika menjadi tetamu rancangan KP Talk Show ‘Cakaplah’ siri ke-6.
Beliau menambah pemimpin belia tidak perlu terlalu mengejar imbuhan atau penghargaan kerana jika ia dilakukan dengan ikhlas pasti kemanisan akan datang kemudian.
Dalam rancangan ini beliau berkongsi pengalaman penglibatannya dalam pertubuhan belia dari peringkat awal hingga ke hari ini.
Program ini dianjurkan Biro Penerangan, Penerbitan dan Media MBM sebagai platform dan ruang untuk pemimpin belia berkongsi pengalaman dan aspirasi termasuklah komen membina sama ada terhadap pergerakan belia mahupun kerajaan.
Program ini dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM serta Co-host Sdri. Mas Alya, Felo NGO dari Majlis Belia Daerah (MBD) Yan, Kedah.