Dalam Talian | 22 September – Jawatankuasa Penerangan dan Penerbitan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan satu program dalam talian yang dinamakan sebagai KP Talk Show #Cakaplah#Janganjobo.
Program ini adalah salah satu usaha MBM dalam menyediakan ruang untuk pemimpin belia menyampaikan maklumat yang berfakta berdasarkan pengalaman.
Tetamu bagi siri kedua KP Talk Show adalah Sdr. Ahmad Farhan Rosli, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan moderator Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM serta dibantu oleh Sdri. Mas Alya, Felo NGO Majlis Belia Daerah (MBD) Yan, Kedah.