MAJLIS BELIA MALAYSIA

KP Talk Show khas sempena PRN Melaka bersama 2 calon muda

KP Talk Show khas sempena PRN Melaka bersama 2 calon muda

DALAM TALIAN 16 November – Sempena Pilihan Raya Negeri Melaka yang sedang berlangsung ketika ini Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui KP Talk Show Khas membawakan 2 orang calon muda iaitu Sdri. Farzana Hayani Nasir, Calon N.28 DUN Sungai Rambai dan Sdri. Karen Fong Khai Ling Calon N.20 DUN Kota Laksamana.

Membawakan topik ‘Belia Dalam Politik’ calon-calon berkongsi aspirasi dan tawaran mereka dalam memenangi hati rakyat khususnya golongan belia.

Farzana yang merupakan calon termuda berumur 21 tahun dari Parti Keadilan mewakili Pakatan Harapan (PH) berhasrat menumpukan usaha menaik taraf talian internet untuk belia dan pelajar selain mengembangkan digital ekonomi khususnya untuk wanita dan pelancongan.

Karen pula dari Parti Gerakan mewakili Perikatan Nasional (PN) berhasrat memberikan lebih banyak peluang kepada golongan belia terlibat dalam sektor ekonomi untuk menjana pendapatan pasca pandemik. Karen juga merupakan Timbalan Setiausaha Persatuan Belia Xiang Lian Wilayah Persekutuan. Program ini dihoskan oleh Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »