DALAM TALIAN 29 Sep – KP Talk Show ‘Cakaplah’ kali ini bersiaran secara langsung menampilkan Naib Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Sdri. Marina Misuari yang boleh dianggap sebagai ‘pemimpin dalam pembinaan’.
Marina berkongsi pengalaman dan penglibatan beliau dalam pertubuhan belia sehingga diangkat ke jawatan tertinggi dalam masa yang singkat.
Seorang yang sukakan cabaran dan fokus masa hadapan untuk menyumbang kepada pembangunan generasi muda khususnya dalam bidang pendidikan dan Revolusi Industri iR4 negara.
Beliau juga mengajak belia-belia seangkatan dengannya untuk bersama-sama menyumbang kepada masyarakat melalui platform pertubuhan belia.
Program ini dihoskan oleh Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.