Alot Setar, 4 Ogos 2012 – Sempena bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan serta bulan Syawal yang bakal menjelma, Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan program Ziarah Ramadhan / Syawal 1433H/2012 (Sabtu) yang melibatkan 10 buah kenderaan dan 40 orang sukarelawan. Program yang dijalankan secara konvoi ini diketuai sendiri oleh Presiden MBNK iaitu Sdr. Ku Iskandar Ku Saad yang juga Exco MBM dan pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Tuan Hj Aziz Hj Hamid, Pengarah JBSN Kedah bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kedah.
Konvoi yang bermula seawal 9 pagi ini telah melalui tiga daerah iaitu daerah Kota Setar, Pokok Sena dan berakhir di daerah Pendang. Seramai 50 orang fakir miskin, anak yatim , warga emas serta OKU telah terpilih untuk menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas harian serta turut menerima zakat bagi mengurangkan beban dalam menghadapi bulan Ramadhan dan Syawal nanti.