MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvensyen Relawan Untuk Malaysia sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa

DALAM TALIAN 5 Dis – Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa yang disambut setiap 5 Disember setiap tahun, Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah menganjurkan Konvensyen Relawan Untuk Malaysia (KRUM21) secara dalam talian.

Konvensyen ini membincangkan 4 isu utama kesukarelaan melibatkan tema aktivis mahasiswa; pekerja belia; wira alam dan pekerja kemanusiaan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman dan Ucaptama disampaikan oleh Pengerusi Global Peace Malaysia (GPM) Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman.

Hasil daripada Konvensyen Relawan untuk Malaysia ini, lebih 10 Resolusi telah dicadangkan dan akan didokumentasikan serta dipanjangkan kepada kementerian berkaitan.

Terima kasih kepada panelis yang berkongsi pandangan, idea dan pengalaman serta semua NGO kesukarelaan yang terlibat dalam menjayakan program ini dan menjadi tulang belakang Penganjuran KRUM 21.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »