Puchong| 18 Februari 2020- Sdr. Jufitri Joha Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Sdr. Fadzli Hasan Timbalan Presiden MBM dan Sdr. Mohd Hakimi Exco MBM telah menghadiri konvesyen tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.
Projek Reben Kuning adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dalam memberikan peluang kedua kepada golongan belia beresiko yang terlibat dengan sistem koreksional, kepulihan dan perlindungan sosial.
MBM sebagai rakan strategik bagi Projek Reben Kuning tersebut telah menerima sijil penghargaan. Projek ini melibatkan pelbagai agensi dengan pelbagai kluster iaitu kemahiran, keusahawanan, kesedaran, kebolehpasaran dan sukan.