MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvensyen Rakan NADMA 2024 – bincang pengurusan bencana yang lebih mampan

PUTRAJAYA 8 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Konvensyen Rakan NADMA 2024 anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA) bertempat di Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside.

Konvensyen ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2024 dan Hari Pengurangan Risiko Bencana Sedunia 2024 UNDRR.

Exco MBM, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa dan Sdr. Mohd Faiz Suhaimi (Pengerusi dan Timbalan Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir) hadir mewakili MBM serta beberapa wakil badan gabungan MBM.

Terdapat 5 sidang akan berlangsung bagi membincangkan pengurusan bencana yang lebih mampan.

MBM dan badan gabungannya sentiasa bersedia dalam memberikan sokongan bantuan pasca bencana di negara ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »