TAPAH 18 Jun – “Generasi muda hari ini khususnya golongan mahasiswa berdepan tanggungjawab dan cabaran yang besar dan kompleks dalam konteks kehidupan dan ekosistem bermasyarakat, mereka tidak harus terlalu fokus kepada akademik semata-mata, malah perlu ada nilai ‘kesukarelaan’ yang memberi balik kepada masyarakat”.
Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun berucap di hadapan pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak semasa menyampaikan ceramah bertajuk “Matlamat Pembangunan Mampan 2030: Hala Tuju dan Cabaran Belia” sempena Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Perak 2022.
Program ini dianjurkan Unit Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak dengan kerjasama Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak bertempat di Dewan Seri Iskandar, Perak.
Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit, YB Nizar Zakaria.