Hasil kajian International Labour Organisation menunjukkan kesan krisis seperti COVID-19 adalah serius kepada populasi yang lebih muda yang mana berlakunya ganguan kepada proses pendidikan dan latihan, peningkatan keadaan rentan kepada pekerja muda, dan jangka masa lebih lama untuk transisi kepada pekerjaan yang stabil. Hal ini turut memberi kesan kepada kesihatan mental, pendekatan dalam pendidikan dan kesedaran terhadap kebergantungan terhadap sumber makanan dari luar negara dan keperluan lain bagi kelangsungan kehidupan. Melihat kepada hal ini, Konvensyen Belia Kebangsaan pada tahun ini seharusnya menjadi ruang kepada anak muda untuk berkongsi pandangan dan idea mereka tentang masa depan yang mereka mahukan.
Penyertaan pembentangan kertas kerja terbuka kepada semua belia berumur 15 – 40 tahun. Keutamaan diberikan kepada pembentang yang berumur 15 – 35 tahun. Penyertaan juga terbuka kepada belia di akar umbi, pelajar sekolah dan pelajar IPT, guru muda dan penyelidik muda.
Maka, SERTAI KAMI sebagai pembentang kertas kerja sama ada ianya idea / inisiatif / projek / kajian / cadangan atau pemerhatian anda!
Antara topik yang berkaitan adalah
1. Pendidikan masa hadapan
2. Pekerjaan Belia
3. Kesihatan Mental
4. Keselamatan makanan dan kelestarian
5. Ketidaktentuan dan ketidakstabilan pekerjaan
6. Pendidikan informal
7. Pendidikan lestari
8. Penggunaan media sosial
9. Gaming dalam masyarakat
10. Budaya komunikasi di Malaysia
11. Kemudahan asas untuk belia
Topik pembentangan cadangan atau idea yang dibincangkan tidak terhad kepada tajuk di atas. Sidang selari bagi pembentangan dibahagikan dalam empat (4) tema iaitu:
1. Pendidikan
2. Pekerjaan belia
3. Kesihatan Mental
4. Keselamatan makanan & kelestarian hidup
Hantar abstrak atau ringkasan idea/ inisiatif / projek / kajian / cadangan atau pemerhatian anda sehingga 300 patah perkataan kepada youthimaginedfutures@gmail.com dan daftar di sebelum 14 Mei 2021.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lanjut anda boleh layari atau hubungi Sekretariat MBM di (03) 9173 2761.