MAJLIS BELIA MALAYSIA

Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 (Stream 2: Pekerjaan)

DALAM TALIAN 7 Sep – Sempena Hari Belia Negara 2021, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 (KBK) dengan tema “JanaKBK” Jenis Peluang Pekerjaan Masa Hadapan dan Kemahiran yang diperlukan.

KBK 2021 kali ini dilaksanakan secara maya memandangkan situasi negara yang berada dalam tempoh fasa peralihan akibat Covid-19.

Sesi webinar ini dihoskan oleh Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Felo Penyelidik MBM serta menampilkan panelis Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Naib Presiden MBM dan Dato’ Abdul Halim Mansor, Pengerusi Giat MARA.

Perbincangan memfokuskan tentang kerjaya pada masa hadapan dan kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi syarat untuk mengejar kerjaya impian. Anda boleh mempelajari ilmu ilmu kerjaya yang diperlukan untuk masa hadapan. Inilah peluang keemasan untuk meningkatkan daya saing golongan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »