KUALA LUMPUR 30 Oktober – Konvensyen Belia Kebangsaan 2021 +ASEAN ConnectKBK sempena Hari Belia Negara buat pertama kalinya diadakan secara hidrid selari norma baharu. Program ini disiarkan secara langsung melalui platform facebook.
Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Ti Lian Ker. Hadir sama Ketua Pengarah @Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato Dr. Hjh Wasitah Mohd Yusof.
Konvensyen ini bertindak sebagai wadah perbincangan dan seterusnya memperluas sudut pandang belia dalam soal peluang dan cabaran yang perlu dihadapi pada masa depan. Konvensyen ini telah dikelaskan kepada 4 stream yang bertemakan Kesihatan Mental, Pekerjaan Masa Depan, Pendidikan dan Sekuriti Makanan yang telah dijalankan sepenuhnya secara atas talian sepanjang bulan September 2021.
Selaras objektif program, KBK turut mengketengahkan slot ‘visi kementerian untuk belia pada masa depan’ melibatkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang relevan dengan golongan belia.
Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan serta rakan strategik Majlis Kerjasama Belia ASEAN (CAYC).