Serdang, 15 Mei 2016 – Telah berlangsung dengan jayanya Konvensyen Belia Kebangsaan 2016 (KBK 2016) pada 15 Mei 2016 sempena Hari Belia Negara yang bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia, Serdang pada pukul 9.00 hingga 1.00 tengahari.
Konvensyen Belia Kebangsaan 2016 (KBK16) mengangkat tema “Belia Kreatif Pemacu Negara Inovatif” di mana penerapaan nilai-nilai dan sentuhan kreatif dalam menggalakkan golongan belia menjadi golongan yang aktif dalam mencorak pembangunan negara di masa hadapan.
Pendekatan kreatif memerlukan idea-idea yang baru dan ‘fresh’ dimana ia mampu dijadikan medium penarik golongan muda untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan belia serta negara.
Sesi pertama adalah sesi perkongsian pengalaman oleh ahli panel YBhg. Encik Hun Many dan YBhg. Encik Kishva Ambigapathy yang bertajuk “Youth Leader and Sustainable Development Goals (SDG): Managing and Leading With Creative Mind”. Sesi ini dipengerusikan oleh Exco MBM Sdr. Rizmel Nazrin.
Sesi kedua adalah sesi forum yang membincangkan tentang “Kandungan Kreatif dan Pembangunan Belia : Formula Baru Mendekati Generasi Negara Maju” yang menampilkan ahli panelnya adalah Sdr. Mohd Nizam Pengarah Filem Boboboi / Urusan Animonsta Studio Sdn Bhd, Sdr. Pekin Ibrahim Pengarah Filem Muda dan Sdri. Liyana Jasmay Pelakon / Usahawan Muda yang dipengerusikan oleh Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha.
Ucapan penutup dan Pelancaran Pembiayaan Micro untuk Belia Kreatif oleh YBhg Dato’ Kamil Othman Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati dan juga sesi bergambar bersama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Tuan Hj. Mua’mar Ghadafi Jamal.