DALAM TALIAN 3 Sep – Telah berlangsung sesi konsultasi pihak Petronas Magic Team (Bahagian Latihan & Pusat Latihan Petronas) bersama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkenaan isu-isu belia dan latihan.
Team latihan ini sedang dalam usaha rekalibrasi pengisian latihan yang bersesuaian dengan aspirasi semasa anak muda dan keperluan latihan semasa.
Pertemuan ini juga meneroka kerjasama pintar antara MBM dan juga Petronas dalam bidang latihan dan pembangunan belia.