BANDA HILIR 26 Mei – Pasukan radio amatur yang menyertai Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2024 telah melakukan satu aktiviti komunikasi melalui satelit amatur Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 1.11 petang yang dikendalikan oleh 9W2RYF Ujang@arif dengan isyarat panggilan khas 9M4HBN.
9M4HBN merupakan isyarat panggilan khas berlesen yang dimohon sempena HBN2024 dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Melalui frekuensi ISS ini, pengendali dari negara pemanggil hanya berkesempatan berkomunikasi dalam tempoh yang singkat sebelum frekuensi ini mengecil sebabkan ia mengikut putaran orbit.
Tujuan komunikasi ini adalah untuk latihan dan salah satu cabang dalam aktiviti radio amatur. Dalam kesempatan tersebut, pasukan berjaya menghubungi tiga stesen dari Indonesia dan satu dari Malaysia.
Komunikasi melalui satelit amatur ini juga boleh digunakan apabila berlaku kecemasan dan bencana.
Jarak bumi ke ISS dianggarkan sekitar 400km. (downlink 437.800 uplink 145.990)