MAJLIS BELIA MALAYSIA

KOMPAUN RM1,000 : TERBANGLAH DUIT RAYA

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ya, kita meraikannya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat tularnya virus covid19.

Sedang Syawal diraikan dalam penuh kesederhanaan bahkan setakat “ada-ada sahaja”, masyarakat dikejutkan dengan rentetan berita yang melaporkan semakin ramai yang dikompaun RM1,000-00 kerana gagal mematuhi arahan kerajaan semasa tempoh PKPB berlangsung.

Ya benar. Aidilfitri tahun ini hanya sehari sahaja ziarahnya. Tiada ziarah kubur dibenarkan. Tiada perkumpulan melebihi 20 orang kecuali pada premis-premis perkhidmatan penting yang diperketatkan dengan pematuhan prosidur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan covid19.

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyeru agar masyarakat lebih cakna dan peka terhadap setiap arahan kerajaan bagi mengekang wabak halimunan ini. Pihak berkuasa sememangnya dibenarkan mengenakan kompaun kepada mana-mana individu yang ingkar sepertimana menurut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 6) 2020.

Ramai juga yang mengeluh. Mengapa mahal sangat kompaunnya? Kerajaan dah tiada duit ke?

Bukan itu isunya. Soalnya, penghormatan bahkan jika perlu, kegerunan pada pematuhan undang-undang perlu diterapkan di kalangan rakyat. Virus ini membawa maut. Kerajaan perlu bertegas agar warganya selamat.

Elakkan berhimpun. Rayalah seadanya. Berdoalah semoga wabak buruk ini segera pergi.

Jagalah diri kita. Jagalah duit kita.

MOHD FARED BIN MOHD KHALID

Pengerusi Biro Perundangan Advokasi & Hak Asasi

Majlis Belia Malaysia

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »