DALAM TALIAN 14 Januari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menutup Kolokium Tokoh Belia Negara yang berlangsung secara maya anjuran Citra Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), MBM dan Pertubuhan Belia Kerapatan Graduan Muda (KAGUM).
Kolokium ini memberi peluang kepada peserta mendengar peranan dan sumbangan tokoh-tokoh belia negara yang dipilih setiap tahun.
Dalam ucapan penutup, Sdr. Jufitri menekankan nilai-nilai yang cuba dikongsi oleh tokoh belia untuk mengisi makna kehidupan sebenar di samping mencadangkan tokoh-tokoh belia ini diinstitusikan bagi terus berperanan lebih signifikan dalam masyarakat.
Kolokium telah dirasmikan oleh YB Mohd Syahbuddin, Pengerusi Tetap MBM.