MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kolaborasi MBM jayakan Penganjuran Holifest 2025

KUALA LUMPUR 4 Februari – Sdr. Dhanesh Basil, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan penganjur Holifest 2025 di Wisma MBM bagi membincangkan beberapa ruang kerjasama di antara MBM dan Holifest 2025.

Penganjuran Holifest tidak asing lagi kerana telah beberapa tahun dianjurkan. Untuk kali ini penganjur mensasarkan lebih 10,000 penyertaan belia dan masyarakat secara keseluruhan yang dijadualkan akan berlangsung pada awal Mei 2025.

MBM semestinya komited dalam membantu setiap program khususnya yang melibatkan belia.

Nantikan Holifest 2025!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »