“BERSEDIA UNTUK PERLUMBAAN YANG HEBAT!”
Kuala Lumpur – Bersempena Hari Belia Sedunia, acara sukan antarabangsa berprestij anjuran Menara Kuala Lumpur iaitu “KL TOWER INTERNATIONAL DAY NIGHT TOWERTHON CHALLENGE2012” telah diadakan pada 19 Mei 2012 dengan bertemakan “Bersedia Untuk Perlumbaan Yang Hebat”.
Acara ini merupakan acara tahunan Menara Kuala Lumpur yang telah dianjurkan buat kali ke-11 sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 1998. Keunikan dan kelainan acara pada tahun ini menyaksikan buat julung kali ianya diadakan pada waktu siang dan malam dimana akan bermula dari jam 2.00 petang hingga 10.30 malam.
Acara pelepasan para pelari disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk M.Saravanan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
“Pada tahun ini kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dan mencapai sasaran kami iaitu sebanyak 3,116 penyertaan termasuklah peningkatan peserta antarabangsa iaitu 31 penyertaan yang terdiri daripada negara Kenya, Singapore, USA, Finland, Nepal, Somalia, Thailand, Australian dan Austria berbanding pada tahun lepas iaitu
sebanyak 29 penyertaan,” kata Dato’ Zuraidah Haji Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif
Menara Kuala Lumpur.
“Istimewanya pada tahun ini, kami membuat satu kelainan iaitu dengan berlari di waktu siang dan malam, ini adalah salah satu cabaran baru yang akan ditempuhi oleh para peminat sukan lumba lari ini di Menara Kuala Lumpur,” tambah beliau lagi.
Para peserta berpeluang untuk memenangi RM100,000.00 secara keseluruhan di dalam bentuk wang tunai, pingat, hamper dan cenderahati.
“KL TOWER INTERNATIONAL DAY NIGHT TOWERTHON CHALLENGE 2012” bermula di parkir kereta
terbuka dan peserta akan mendaki bukit sejauh 1 kilometer seterusnya mendaki anak tangga
sebanyak 2,058 dimana ianya berakhir di ketinggian 288 meter dari paras laut di Mega View
Banquet Hall.
Sebanyak 10 kategori dipertandingkan antaranya adalah:-
Lelaki Terbuka (18-39 tahun)
Lelaki Veteran Junior ( 40-49 tahun)
Lelaki Veteran Senior (50 dan ke atas)
Wanita Terbuka (18-34 tahun)
Wanita Veteran (35 dan ke atas )
Kakitangan Telekom Malaysia Lelaki & Wanita (18 tahun keatas)
Kakitangan Telekom Malaysia Wanita (18 tahun keatas)
Lelaki Junior (13 – 17 tahun)
Perempuan Junior (13-17 tahun) dan
Kategori Kurang Upaya (18 dan ke atas)
Program ini turut mendapat sokongan dari Majlis Belia Malaysia (MBM).