Kuala Lumpur 5 Dis – Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember 2016, Majlis Belia Malaysia melalui Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MYVOC) telah menganjurkan Program Komuniti Belia Prihatin KL MEET. Program ini berlangsung sekitar Kuala Lumpur dan Selangor secara serentak di 16 tempat.
Program ini bermula 1 Disember 2016 di kawasan tempat tinggal gelandangan Sungai Klang (berdekatan stesen ktm KL/Kg. Attap) yang melibatkan seramai 30 sukarelawan daripada MYVOC MBM, UNGGAS, IKHLAS dan BAITL FIQH tampil menjayakan aktiviti Santuni Sahabat Jalanan dengan mengadakan aktiviti memberi sumbangan makanan, minuman dan pakaian kepada 300 orang sahabat jalanan yang hadir. Sahabat Jalanan adalah istilah yang lebih bersifat kasih sayang menggantikan perkataan Gelandangan.
Pada 2 Disember 2016 di Pusat Jagaan Warga Emas Al Fikrah, Kajang dengan penglibatan bersama sukarelawan Jabatan Penjara Malaysia seramai 50 orang yang menjalankan aktiviti gotong-royong dan membantu penjagaan warga emas.
3 Disember 2o16 berlangsung serentak 13 tempat iaitu :
-Surau Teratai Mewah Apt, Jalan Langkawi, Setapak (komuniti Rohingya) – dengan penglibatan sukarelawan ABIM dan disertai bersama masyarakat sekitar. Antara aktiviti dijalankan adalah pemeriksaan kesihatan percuma, penyerahan sumbangan barang dapur serta gotong-royong membersihkan kawasan sekitar dan surau.
-Anjung Singgah Jln Hang Lekiu KL (Gelandangan) – aktiviti senamrobik dan sukaneka bersama penghuni-penghuni (gelandangan) di Anjung Singgah dengan penglibatan sukarelawan seramai 25 orang di bawah kendalian Majlis Belia Felda Malaysia.
-Pusat Amal Firdausi, Ampang (Pemulihan) – aktiviti gotong-royong mengecat Pusat Latihan Amal Firdausi Ampang yang penghuninya terdiri daripada Mak Nyah dan Gay yang telah kembali ke pangkal jalan. Seramai 15 orang sukarelawan daripada Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap) Uitm Dungun Terengganu melalui MyVOC Komuniti Pendidikan.
-Kedai Makan Asnaf 1Malaysia, Jln Ipoh (Gelandangan) – taklimat ringkas jati diri oleh Sdr. Awie Shoubli Jamal Ketua Penyelarasan Sahabat MBM dan penyampaian sumbangan pakaian di gelandangan yang hadir. Seramai 10 orang sukarelawan sahabat MBM terlibat.
-Pusat Pendidikan Khas Integrasi, SK Puchong Utama 3 (Pendidikan Khas) – aktiviti bersama 30 orang murid pendidikan khas diadakan iaitu senaman, mewarna, melukis, menconteng muka dan sukaneka.. Di akhirnya ada penyampaian hadiah, makan bersama dan sesi bergambar kenangan. Seramai 10 orang fasi, guru dan pelajar Kolej Murni yang terlibat menjayakan program tersebut.
-Rumah Nur Hikmah, Kajang (Anak Yatim) – aktiviti sukarelawan bersama anak-anak yatim dengan bermula aktiviti riadah pagi, gotong-royong membersihkan laman, sesi beramah mesra bersama anak-anak yatim dan penyampain sumbangan. Penglibatan sukarelawan seramai 10 orang.
-Hospital Kuala Lumpur – aktiviti sukarelawan di Wad Kanak-Kanak (Pediatrik) yang bermula di aktiviti simbolik sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa dengan memotong kek, diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama pesakit kanak-kanak dan penyampaian sumbangan bekas dan botol air Spongebob. Penglibatan seramai 35 orang yang terdiri daripada Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Kelab Belia Sri Johor (BESJO), Puteri Umno Bahagian Batu dan para sukarelawan.
-Hospital Serdang – aktiviti sukarelawan melibatkan seramai 37 orang pelajar dari pelbagai fakulti Universiti Putra Malaysia (UPM). Aktiviti dijalankan ialah menziarahi ke Wad Pediatrik (5A dan 5B) dan Wad Orthopedik (7E dan 7F).
-Rumah Siti Noraini, Tmn Maju Kajang (Warga emas) – aktiviti sukarelawan iaitu morning walk, gotong- royong dan persembahan busking bersama warga emas. Penglibatan sukarelawan seramai 11 orang.
-Rumah Sentuhan Budi, Kg Sri Batu, KL (Anak Yatim) – aktiviti dijalankan ialah sesi ramah mesra bersama anak2 penghuni, penyampaian sumbangan bekas dan botol air Spongebob melaksanakan kerja-kerja pembersihan halaman rumah. Penglibatan seramai 28 orang yang terdiri daripada Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Kawasan Batu, MIYC Kawasan dan para sukarelawan.
-Surau An-Nur, Gombak – seramai 20 orang sukarelawan dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terlibat dalam program ini bersama komuniti setempat. Presiden PKPIM, Sdr. Mohd Khir Sujud turut serta dalam program ini. Aktiviti dijalankan ialah gotong-royong.
-First Assembly of God Church, KL – aktiviti gotong-royong.
-Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar, Jalan Maarof Off Jalan Bangsar KL – aktiviti gotong-royong dengan penglibatan seramai 20 orang sukarelawan dari Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) terlibat dalam program ini. Sdr. Karnan a/l Pandurangan, Bendahari Kehormat MBM mengetuai aktiviti ini bersama pengurusan kuil dan komuniti setempat.
4 Disember 2016
-Kg Org Asli Desa Temuan, Bukit Lanjan, Selangor – diadakan aktiviti sukaneka dan gotong-royong.
KL MEET berakhir dengan acara kemuncak iaitu majlis penutup/kemuncak KL MEET di Kompleks Belia Dan Sukan Kampung Pandan Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM dan turut hadir Puan Lina Pertubuhan Kebajikan Baitul Fiqh (PKBF)@ Ikon Sukarelawan, barisan Exco MBM, pimpinan Badan Gabungan MBM dan para sukarelawan. Turut diadakan sesi perkongsian oleh Puan Lina, sesi perkongsian oleh sukarelawan yang menyertai aktiviti-aktiviti KL MEET. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian sijil kepada para sukarelawan dan sesi bergambar kenangan.