Cheras 5 Dis – Setiap tahun akan disambut Hari Sukarelawan Antarabangsa pada 5 Disember, pada tahun MBM meneruskannya lagi mengadakan sambutan KL MEET 3.0 Program Memperkasa Komuniti sempena HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA di Rumah Perlindungan Wanita Jabatan Kebajikan Malaysia di Taman Seri Puteri Cheras.
Program bermula dengan diadakan aktiviti gotong-royong bersama penghuni rumah tersebut dibantu oleh sukarelawan dari Persatuan Belia Dinamik Barat, sekretariat MBM yang diketuai oleh Puan Balqis. Hadir sama Exco MBM Sdr. Hazrul Hafizi dan Mantan Ketua Penerangan MBM yang juga Ahli Lembaga Pelawat rumah tersebut. Diteruskan lagi dengan sesi bedah filem yang dikendalikan oleh Sdr. Hazrul Hafizi Exco MBM.
Disamping itu MBM tidak ketinggalan menyambut hari lahir penghuni rumah tersebut yang lahir pada bulan oktober dan november yang lepas. Berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama para sukarelawan, makan tengahari dan persembahan istimewa SkyRunner dari Persatuan Belia Dinamik Barat..