MAJLIS BELIA MALAYSIA

KL MEET 2.0 : Treasure Hunt Di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur

Cheras, 12 Dis – Majlis Belia Malaysia telah melaksanakan program di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, Kuala Lumpur.  Terdapat 3 aktiviti dijalankan serentak iaitu penyerahan ‘kit bayi’ bagi yang berumur bawah 2 tahun, pertandingan mewarna bagi adik-adik yang berumur 3 sehingga 6 tahun dan ‘treasure hunt’ bagi mereka yang berumur 7 sehingga 12 tahun. Seramai 140 orang kanak-kanak yang terlibat dalam program semalam. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi setiap kumpulan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, dan sumbangan kepada Puan Kamsiah Hussain, Pengetua Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »