Keramat, 8 Dis – Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al-Haq , Bukit Keramat Kuala Lumpur merupakan sebuah rumah teduhan bagi anak-anak yatim dan kanak-kanak autisme yang menempatkan seramai 20 orang penghuni rumah. Pertandingan mewarna dan beramah mesra bersama sukarelawan sempena KL Meet 2.0 telah dilaksanakan disini. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia pada pemenang dan saguhati kepada semua.