Kuala Lumpur 10 Dis – Warga emas sering dikaitkan sebagai golongan yang tidak lagi mampu menyumbang kepada masyarakat lantaran hilang upaya dari segi fizikal dan mental.
Sebagai menghargai golongan ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Komuniti Sukarelawan Belia Malaysia (MyVOC) telah mengadakan program KL Meet 2.0 : Komuniti Belia Prihatin “Ziarah Kasih Warga Emas” sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa 2017.
Program ini berlangsung pada 10 Disember bertempat di Wad Geriatrik, Hospital Kuala Lumpur.
MBM bersama sukarelawan dari Kolej Murni (kejururawatan) dan AIMI Akademi (kecantikan) telah menyantuni golongan ini seterusnya menghadirkan keceriaan kepada mereka.
Seramai 20 orang warga emas di wad ini telah diberikan perkhidmatan penjagaan kebersihan dan urutan oleh para sukarelawan yang terlibat.
Salah seorang pesakit yang ditemui, mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang hadir menceriakan penghuni-penghuni wad ini.
Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM turut serta dalam program ini.