MAJLIS BELIA MALAYSIA

KL Meet 2.0 : MBM dekati penghuni Sekolah Tunas Bakti

KUALA LUMPUR 15 Dis, – Seramai 25 orang terdiri daripada ahli belia dan Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai perlawanan persahabatan bersama penghuni Sekolah Tunas Bakti (STBKL) baru-baru ini. Pasukan STBKL telah berjaya menumpaskan pasukan MBM dengan kemenangan 3-1.

Program yang diadakan sempena penganjuran KL Meet 2.0 Komuniti Belia Prihatin sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa itu bertujuan mendekati penghuni sekolah tersebut di samping membimbing mereka menjadi insan yang berakhlak mulia.

Rombongan MBM yang diketuai Presidennya, Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal dalam ucapannya memberitahu, “kehadiran kami ke sini sebagai sokongan moral dan motivasi bahawa setiap dari kita pernah melakukan kesilapan dan kita bangkit dari kesilapan lalu untuk menjadi insan yang berjaya di masa hadapan”.

Dalam pada itu, Pengetua STBKL Encik Razmee berkata, “kita mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran MBM serta berharap program seumpama ini diteruskan kerana memberi manfaat kepada semua pihak, baik kepada belia mahupun penghuni sekolah berkenaan”.

“Kami sememangnya dahagakan program-program seperti ini dan diharapkan inisiatif ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat”.

Katanya, “penghuni sekolah itu yang masih muda memerlukan sokongan semua pihak untuk mendorong mereka berubah menjadi seorang insan yang lebih baik dari segi akhlak dan akidah”, tambah beliau.

Pada program tersebut, MBM turut menyampaikan sumbangan jersi pasukan bolasepak STBKL serta tajaan kelengkapan kepengadilan kepada tiga orang pengadil dari sekolah terbabit. MBM juga memberikan pek makanan segera (KFC) kepada semua penghuni sekolah terbabit.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »