MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kisah Bagaimana Tercetusnya Idea Program #BeliaPrihatin

(Artikel Sempena Hari Belia Antarabangsa 2020)

Oleh:

Azman ‘Azhim Bin Roslan

Ketua Junior Majlis Belia Malaysia

Sempena Hari Belia Antarabangsa 2020, saya, Azman, Ketua Junior MBM ingin menceritakan tentang kisah bagaimana tercetusnya idea Program #BeliaPrihatin antara dua organisasi iaitu Junior Majlis Belia Malaysia berkolaborasi bersama Majlis Perwakilan Kanak-Kanak WP Kuala Lumpur Dan WP Putrajaya dengan Kerjasama MPKK Negeri-Negeri.

Tercetusnya idea untuk berkolaborasi antara dua organisasi apabila saya, Azman, Ketua Junior Majlis Belia Malaysia bertemu dengan Faris Amzar, Setiausaha Agung, Majlis Perwakilan Kanak-Kanak WP Kuala Lumpur Dan Putrajaya di Premiera Hotel, Kuala Lumpur sempena dengan Program Konsultasi Bersama Kanak-Kanak. Jadi, saya dan rakan kolaborasi saya, Faris Amzar bersetuju untuk berkolaborasi bersama-sama antara dua organisasi.

Beberapa minggu pun berlalu, kami ingin berjumpa di KL Sentral untuk membincangkan tentang program kami ini. Tetapi, pada masa itu, kes penularan wabak penyakit COVID-19 meningkat kepada tiga digit dan kami membuat keputusan untuk menangguhkan perjumpaan kami. Semasa PKP Fasa 1, kami belum lagi sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Kami menggunakan masa tersebut untuk membincangkan tentang program kami atas talian sahaja.

Kami mengambil masa yang lama untuk membicangkan semua perkara penting sebelum membuka penyertaan kepada belia-belia di Malaysia antaranya nama program. Disebabkan aktiviti program ini ialah menyumbang sabun-sabun tangan dan makanan-makanan kering kepada warga sekolah masing-masing, saya, Azman, Ketua Junior MBM dan Setiausaha Agung MPKK WPKL Dan Putrajaya, Faris Amzar bersetuju untuk menamakan program ini, #BeliaPrihatin . Nama program ini juga sangat sesuai dengan Tema Hari Kebangsaan 2020 iaitu Malaysia Prihatin.

Sebanyak 260 belia menyertai Program #BeliaPrihatin di seluruh Malaysia termasuk seorang belia dari Indonesia. Kami menerima penyertaan yang banyak itu tidak lebih daripada tiga minggu selepas kami membuka penyertaan kepada belia di seluruh Malaysia. Saya dan rakan kolaborasi saya sangat gembira menerima peserta yang banyak ini.

Banyak cabaran yang kami lalui sepanjang menjalankan program. Antaranya, susah untuk kami untuk menjalankan Program #BeliaPrihatin di sekolah disebabkan SOP di sekolah sangat ketat. Sepatutnya, program ini berlangsung pada bulan April tetapi disebabkan penularan wabak penyakit COVID-19 dan PKP, kami tidak boleh menjalankan program ini. Tetapi semua cabaran yang kami lalui memberi pengajaran kepada kami untuk tidak ulangi perkara yang sama dan terus maju ke hadapan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Faris Amzar kerana sudi berkolaborasi dengan Junior Majlis Belia Malaysia bersempena dengan Program #BeliaPrihatin ini. We did the best that we can! Mesej saya kepada semua belia di Malaysia sempena Hari Belia Antarabangsa 2020 , “ Have a passion and dream big. Always remember to be kind to one another because kindness can change everything in the blink of an eye. Follow your passion and dreams that will bring happiness in your future. We need more passionate youth to lead Malaysia for a better future for the people and Malaysia.“

Bertarikh : 12 Ogos 2020

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »