MAJLIS BELIA MALAYSIA

KINI USAHAWAN JUGA BOLEH MENCARUM DI PERKESO

KUALA LUMPUR 18 Feb – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdri. Nurliana Muhammad telah menghadiri sesi taklimat bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pendedahan faedah-faedah di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang perlu diketahui oleh usahawan belia seluruh Malaysia.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro, Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM berkata, “mulai 1 Januari 2020, skim ini diperluaskan untuk memberi perlindungan kepada usahawan (bekerja sendiri) daripada musibah pekerjaan, penyakit dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti perniagaan”.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »