KUCHING 27 April – Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) tiba dilokasi kedua penganjurannya bertempat di Dewan Kampung Semeba, Sarawak.
Program digerakkan Kementerian Belia dan Sukan menerusi kerjasama rakan strategik termasuk Majlis Belia Malaysia (MBM) menjadi platform penting untuk mendengar suara anak muda dan membentuk dasar nasional berasaskan aspirasi belia.
Program diisi dengan pelbagai pengisian seperti sesi townhall, perkongsian ilmu, pameran dan aktiviti bersama komuniti.
MBM melalui Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) diberi ruang dalam slot Jom Sertai Persatuan Belia bagi menarik belia terutamanya yang tidak berpersatuan.
Kemuncak program ditutup dengan sesi rumusan bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari Menteri Belia dan Sukan serta YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Presiden SABERKAS.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Farhan Rosli; Penolong Setiausaha Agung II MBM, Sdr. Syahmi Shamsudin; Sdr. Adzim Adzmi, Exco MBM serta kepimpinan SABERKAS.












































