KUALA LUMPUR 16 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah menerima kunjungan daripada Ketua Jabatan Program Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Puan Hashimah Hashim di Wisma MBM.
Perbincangan berkisar mengenai cadangan kerjasama untuk menjayakan program Malaysia ICT Volunteer (MIV) di samping beberapa kolaborasi lain yang boleh dilaksanakan.
Program berbentuk advokasi ini bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia sebagai ‘warga digital’ yang positif dan bertanggungjawab.
Pertemuan ini disertai Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.
MBM secara dasarnya menyambut baik inisiatif Sukarelawan MIV ini dan sedia bekerjasama.
Selain itu, MBM turut berhasrat mengadakan zooming session dengan membawa isu yang dekat dengan belia hari ini seperti scammer, penipuan jual beli online dan sebagainya.






