MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerjasama pintar Kerajaan-NGO hadapi kesiapsiagaan banjir

Bencana Banjir yang berpunca daripada Monsun Timur Laut (MTL) jelas memberikan kesan kemusnahan dan kerosakan dari aspek harta benda bahkan turut mengorbankan nyawa. Sehingga kini 6 negeri terkesan akibat bencana banjir yang berpunca dalam Monsun Timur Laut (MTL).

Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 pada Oktober 2021 melalui kerjasama rentas pelbagai agensi termasuk juga badan bukan kerajaan (NGO). Majlis Belia Malaysia (MBM) turut terlibat dalam aspek libat urus kesiapsiagaan bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di mana beberapa siri libaturus dan koordinisasi dilaksanakan di antara Majlis Belia Negeri, Badan Gabungan MBM serta NGO melalui inisiatif Relawan MBM (RM) & Relawan untuk Malaysia (RuM) bagi membolehkan mobilisasi bantuan yang dilaksanakan berjalan lancar dan mengikut garis panduan semasa pandemik COVID-19.

MBM melalui Badan Gabungan Kebangsaan, Badan Gabungan Negeri serta rakan-rakan Relawan NGO turut terlibat secara langsung dalam mobilisasi pasca banjir yang melibatkan 6 negeri dan masih berlangsung sehingga kini. Pelaksanaan dan mobilisasi banjir yang turut dilaksanakan oleh MBM turut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan. Penglibatan NGO dalam mobilisasi bantuan pasca banjir turut mendapat sokongan daripada agensi Kerajaan seperti bomba dan polis.

Koordinisasi dan penyelarasan Kerajaan-NGO ini bagi memastikan pengurusan bencana dapat dilaksanakan lebih cekap dan efektif. Hal ini terbukti melalui penglibatan terus agensi kerajaaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas arahan YAB Perdana Menteri dalam mobilisasi bantuan banjir. Pada masa yang sama juga, penglibatan dan kebersamaan NGO membolehkan budaya kesiapsiagaan bukan hanya amalan sahaja tetapi menjadi suatu normal berterusan sehingga kita dapat mencapai ‘community resilience’.

Pihak MBM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas usaha Kerajaan dalam membantu mangsa banjir termasuk mempercepatkan bantuan wang ehsan selain memberikan ruang yang sebaiknya kepada NGO. MBM memohon jasa baik YAB Perdana Menteri dan pihak Kerajaan untuk terus membantu mangsa banjir bagi meringankan bebanan penderitaan yang mereka hadapi.

MBM yakin kerjasama pintar Kerajaan – NGO mesti diteruskan bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi banjir pada masa hadapan dalam mengurangkan risiko banjir dan memastikan sifar kematian serta memperbaiki kelemahan yang timbul sebelum ini.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH

Ketua Penerangan

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 12 Januari 2022

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »