MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerjasama MBM-Rasuah Busters hapuskan budaya rasuah dalam negara

KUALA LUMPUR 23 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada kumpulan gerakan Rasuah Busters yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Sdri. Nurhayati Nordin.

Puan Nurhayati dalam perkongsiannya menyatakan tekad gerakan Rasuah Busters ini dalam menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini.

Di samping itu, beliau mengharapkan kerjasama antara MBM dan Rasuah Busters dapat membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan peringkat umur.

Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi menyambut baik hasrat daripada Rasuah Busters dan sedia memberi komitmen dalam menjayakan bersama gerakan ini. Beliau juga sempat meluahkan kebimbangan berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada 180 buah negara.

Turut mengiringi Sdri. Nurhayati Nordin adalah Sdri. Wan Normi Hassan (Pengarah Perhubungan Strategik) dan Sdri. Asmaliza Mansor (Pegawai Perhubungan Media).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »