DALAM TALIAN 30 Mei – Satu perbincangan secara dalam talian telah diadakan antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menyebarluaskan penawaran fasiliti pembiayaan mikro di bawah BSN melalui ‘Skim Semarak’.
Sebanyak RM800 juta telah diperuntukan di bawah Skim Semarak yang mana terdapat 7 skim meliputi golongan dan industri bersasar dan terbuka iaitu ;
1. BSN Micro/i Semarak -Mula (Start-Up)
2. BSN Micro/i Semarak PEDI (Pusat Ekonomi Digital)
3. BSN Micro/i Semarak (Umum)
4. BSN Micro/i Semarak-Nita (Wanita)
5. BSN Micro/i Semarak-Belia (Belia)
6. BSN Micro/i Semarak Sukan (Sukan dan Rekreasi)
7. BSN Micro/i Semarak-Tani (Pasar Tani/Tradisional)
Hadir dalam perbincangan ini, Datuk Syed Osman Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. BSN diwakili oleh Encik Nor Azam Nor Rahmat dan Puan Fatin Alawiah Amiruddin dari Bahagian Perniagaan Mikro, Jabatan Perbankan Runcit.
MBM bersetuju untuk bekerjasama dengan BSN bagi memastikan usahawan-usahawan belia di Malaysia mempunyai peluang dalam mengukuhkan ekonomi dan memajukan perniagaan mereka.
Turut dibincangkan mengenai Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan IKS yang mana program ini turut bekerjasama dengan MDEC dalam memastikan usahawan PKS bertukar kepada sistem pendigitalan.