MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerjasama dua hala Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan MBM

PUTRAJAYA 26 Ogos – Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan – MPPK telah mengadakan perbincangan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) mengenai 11 agenda “Memartabat Mahasiswa Malaysia” yang berlangsung di Menara KBS.

MBM diwakili oleh Presidennya Sdr. Jufitri Joha dan Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM, Sdr. Muhamad Hanafi Jamaludin manakala MPPK diketuai Presidennya Sdr. Muhamad Amir Ashraf.

Pertemuan ini bagi membincangkan serta bertukar pendapat berkenaan isu-isu belia khususnya mahasiswa.

MBM menyambut baik usaha yang dibawa MPPK selain mengalakkan kerjasama kedua-dua pihak dipererat demi memartabat golongan belia khususnya mahasiswa.

Turut disentuh isu berkenaan ekonomi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), kebolehpasaran graduan, gaji minimum dan memperkasakan mahasiswa melalui MPPK.

MPPK turut membincangkan mengenai isu-isu perpaduan melalui kaedah mewujudkan satu modul bagi kepimpinan dan semangat nasionalisme.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »