MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerajaan Wajar Wujudkan Biasiswa Untuk Belia Berkemahiran

Sepang, 19 Ogos 2015 – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengesa kerajaan mengwujudkan Biasiswa Khas untuk mereka khususnya Belia yang menunjukan minat dalam bidang kemahiran di negara ini.

Bercakap kepada wartawan orangmuda.tv, Ketua Penerangan MBM, saudara Rizan Hassan mengutarakan cadangan biasiswa tersebut berdasarkan kejayaan Kontinjen Malaysia dalam “World Skills Competition” WSC di Brazil baru-baru ini yang perlu diambil perhatian khusus oleh Kerajaan.

Sdr.  Rizan Hassan ketika menyambut kepulangan Airul Firham Che Amran dan kontijen Malaysia di KLIA
Sdr. Rizan Hassan ketika menyambut kepulangan Airul Firham Che Amran dan kontijen Malaysia di KLIA

“Kejayaan belia kemahiran di Brazil baru- baru ini bukan sekadar diberi penghargaan semata-mata akan tetapi kalau boleh mereka ini diberikan biasiswa kemahiran untuk mereka melanjutkan dan mengilap kemahiran mereka di negara yang lebih maju.

IMG_0276
Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontijen di Konvensyen Belia Kebangsaan yang diadakan pada 15 Mei yang lalu oleh YAB PM

Kita juga berharap Bajet 2016 yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini, kerajaan dapat melihat peruntukan yang lebih besar dari sudut pembangunan kemahiran kerana untuk mengejar status negara maju, belia berkemahiran inilah yang akan mencorakkan masa depan negara,” Rizan Hassan.
Sementara itu Kontinjen Malaysia yang mengharumkan nama Malaysia di Brazil tempoh hari selamat tiba di KLIA jam 8.21 pagi tadi dan diiringi “Chef De Mission” YB Datuk Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Kepulangan mereka dari menyertai World Competition Skills (WSC) di Sao Paulo disambut meriah oleh pelbagai agensi dan Jabatan-Jabatan kerajaan yang terlibat termasuklah dari MBM.

Airul Firham bersama 20 lagi peserta mengharumkan nama negara dengan pencapaian cukup cemerlang dengan membawa pulang satu pingat Gangsa melalui Airul dalam kategori Dandanan Rambut 12 lagi pingat kecemerlangan.

Pingat Gangsa berkenaan cukup bermakna dan mencipta sejarah buat Malaysia setelah 22 tahun tiada sebarang pencapaian sebaik kali ini sepanjang penyertaan Malaysia dalam WSC.

“Alhamdulillah Syukur dan bangga kerana dapat mencipta sejarah buat negara, latihan selama setahun selama ini ternyata tidak sia-sia buat saya dan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu saya khususnya Kementerian Belia dan Sukan, IKBN Pertak, Giat Mara dan Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK),” Airul Firham Che Amran.

AganSbrK1DhRGDwuwUTOp1t86cLI3KvR1rh_P9-4o-ec AiyhZeE2b_Pm26-Y2XC3ywGpL-QdrdC61-STfnMaAHtt AjfjLs71rO1wfdhXCCX_XxmI2OurZ_VsQatMVbEx1GnC AlugM869TTQlk3O73OVgQMHZwlMZx4Qddvvk7IeuS8RK AlyP00wHUkHav48SmYj7cogK1uURvo3D5rHeZljPLClQ AmIJus6pGlzq-NqEYPTVHSsW1DroJsCW9HtapqsVBuTq Aovl31HvP8YbyA45bZUsZq_8o4uQ5GXZMRFtqPvcCg5z ApuHmrq2oea5SbMc8SWMuyOWiCQhfHOpd227J2svDINz ArSvo6qICPPo0CENngeYEARTMZ8ezLTJCqneBOjZy5rR AtYAJDdtfq_qIVZ6Y1UDU8tOVi2OfPSp1UhC5_qmnPjH

SAO PAULO, Aug 14 -- Malaysian competitor in hairdressing, Airul Firham Che Amran showing his talent at the World Skills Competition Sao Paulo 2015 at Anhembi Park, Friday.  --fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED
SAO PAULO, Aug 14 — Malaysian competitor in hairdressing, Airul Firham Che Amran showing his talent at the World Skills Competition Sao Paulo 2015 at Anhembi Park, Friday.
–fotoBERNAMA (2015) COPYRIGHT RESERVED

11905800_956894867700867_6032938210549173140_n 11896249_956894864367534_6202136236380891947_n 11887831_956894861034201_3735279994296170813_n 11218458_956894871034200_70044917510679463_n

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »