MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kerajaan akan lantik belia sebagai Senator

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melantik seorang Senator dalam kalangan belia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau percaya dengan adanya wakil belia dalam Dewan Negara, suara belia akan lebih didengari.

”Saya berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan, melihat kepada pentingnya belia kepada negara. Suara belia pasti didengari kerajaan, pandangan belia pasti dihargai kerajaan, belia adalah masa depan negara.

“Sehubungan itu, untuk mendengar suara belia, pandangan belia, maka saya mengumumkan untuk melantik seorang Senator daripada kalangan belia di negara kita,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Belia Negara di peringkat kebangsaan di Tuaran, Sabah di sini hari ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tambahan peruntukan RM1 juta lagi untuk dikongsi bersama dengan pertubuhan belia.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan telah memberi peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu aktiviti-aktiviti persatuan belia.

Artikel penuh :

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »