KUANTAN 1 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai YB Mohd Syahbuddin Hashim, Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM, Sdr Mohd Hakimi dan Sdr. Iqmal Mahadi, Exco MBM telah menziarahi keluarga Allahyarham Dr. Mohamad Rozi Hassan, abang kepada mantan Ketua Penerangan MBM, Sdr Rizan Hassan.
Sdr. Fadzli turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada balu Allahyarham. Allahyarham melalui jawatan beliau sebagai CEO UMP Advanced Education di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pernah berkolaborasi menjayakan agenda TVET dalam kalangan belia bersama MBM.