PUTRAJAYA 14 Jun – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri majlis bacaan yasin dan jamuan hari raya anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara bertempat di Menara KBS. Bacaan Yasin diniatkan khusus untuk kesembuhan dan kesihatan anakanda Datuk Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah JBSN yang menjalani pembedahan dan dua lagi warga JBSN yang sakit.
Majlis ini juga turut meraikan persaraan Timbalan Ketua Pengarah, JBSN Dr. Mohd Ghani Yusof. Ini merupakan sebahagian usaha mengeratkan silaturahim di antara MBM dan JBSN.