MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kepimpinan MBM dan gabungan hadiri Majlis Buka Puasa anjuran Utama Motors

SHAH ALAM 12 April – Sempena 21 Ramadan semalam, kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Utama Motors dengan kerjasama MBM bertempat di Setia City Convention Centre.

Antara yang hadir ialah Dato’ Maarof Khan Mohammad Idris, Pengarah Urusan Utama Motors; Dato’ Muhammad Amir, Pengarah Urusan Arbe Group; Supt Mohd Yatim, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik; DSP Ahmad Izuddin Muhd Juhari, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Selangor dan Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.

Majlis jalinan kolaborasi bersama ini disertai pengurusan kanan syarikat korporat, pegawai kanan penguatkuasa, pimpinan belia, pemilik kenderaaan berkuasa tinggi dan tetamu jemputan lain.

Dalam majlis ini juga, pihak penganjur telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Hadir sama Exco MBM, Sdr. Mohd Fauzi Fadzil; Sdr. Ahmad Farhan Rosli; Sdr. Mohd Faiz Suhaimi serta pimpinan dari badan gabungan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »