SERI MERANTI 4 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dijemput meninjau projek Balai Adab bagi memulihara warisan dan kebudayaan setempat.
Sdr. Jufitri juga sempat memberikan sepatah dua kata tentang kepentingan budaya dan warisan bagi membentuk jati diri dan identiti belia. Ini kerana Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang wajar dipelihara untuk generasi akan datang.
Lawatan ini turut disertai Profesor Rosli Salidin (pakar teromba), Tuan Haji Rafiei Mustapha (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan) dan Felo Penyelidik MBM, Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin.