MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media : Salam Anak Muda Imarah Ramadhan MBM

KENYATAAN MEDIA

SALAM ANAK MUDA : IMARAH RAMADAN

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)

 

Bagi berkongsi rasa syukur di bulan Ramadan yang mulia ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) akan mengadakan program “Salam Anak Muda : Imarah Ramadan” bermula 25 Mei hingga 10 Jun 2018 di seluruh negara.

Siri program ini akan menjelajah ke seluruh negara dan digerakkan dengan kerjasama Majlis Belia Negeri-negeri dan Majlis Belia Daerah-daerah yang merupakan rangkaian MBM. Mengunakan kenderaan empat roda, konvoi bergerak dalam empat kumpulan (zon tengah, utara, selatan dan timur) serentak selepas pelancaran.

Pelepasan (flag off) program ini akan berlangsung pada 25 Mei 2018 (Jumaat) di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin, Presiden MBM.

Antara pengisian program ini seperti Tadarus & Tadabbur Al-Quran, Singgah Sahur, Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim/Orang Asli, Sumbangan juadah berbuka kepada gelandangan, Kempen Elak Bazir, Tarawih dan Moreh, Ziarah kasih dan sumbangan dan Salam Anak Muda Ramadan.

Sempena sambutan 70 Tahun MBM pada tahun ini, MBM turut mengadakan program Bicara Tokoh di negeri yang disinggahi. Sesi sembang santai ini melibatkan penyertaan belia setempat di samping tokoh belia dan bekas kepimpinan belia terdahulu.

Program ini merupakan acara tahunan yang diperkenalkan MBM bertujuan menanamkan rasa prihatin dan mendekatkan belia dengan masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan melalui ziarah kasih dan sumbangan secara terus.

 

Sekian, terima kasih.

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh   :  25 Mei 2018

Tel         :  (013) 373 4934

Emel      :  mbmsua@gmail.com

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »