KENYATAAN MEDIA
PENIPUAN DAN SALAH GUNA IKLAN TAWARAN LATIHAN KEMAHIRAN DI BAWAH PROGRAM “1 BELIA 1 KEMAHIRAN“ MAJLIS BELIA MALAYSIA (1B1K-MBM)
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K) tidak pernah melantik mana-mana individu dan syarikat bagi mewakili MBM membincangkan bentuk kerjasama program kemahiran bagi lepasan sekolah atau peningkatan tahap kemahiran belia berkemahiran.
MBM juga tidak ada kerjasama program dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam hal pemberian dana atau geran latihan kemahiran di bawah program 1B1K.
Diingatkan bahawa Program 1B1K adalah inisiatif MBM dengan komitmen kerjasama sebanyak 43 Rakan Strategik seluruh negara. Program 1B1K adalah platform latihan kemahiran kepada golongan belia tercicir dan berisiko dengan bantuan pinjaman latihan kemahiran dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menampung kos latihan.
MBM berharap mana-mana Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) agar lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dan segera menghubungi kami di talian (013) 7733676 atau (03) 9173 2761/63 untuk semakan/pertanyaan.
Sekian, terima kasih
MOHAMMAD RIZAN HASSAN
Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia