MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media Pejabat Setiausaha Agung MBM

Mesyuarat Pengurusan Majlis Belia Malaysia (MBM) bilangan tiga yang bersidang pada 9 Mei 2025 telah mengadakan perbincangan dan membuat beberapa ketetapan berikut :

1) Menyambut baik inisiatif dan dasar kerajaan Madani berkaitan isu-isu belia iaitu Perumahan Belia MADANI dan AI 4 Belia dan Masyarakat.

    2) Mengambil langkah-langkah strategik melalui usaha integrasi kepintaran buatan (AI) dalam pengurusan pentadbiran pertubuhan belia Malaysia;

    3) Merangka pelan tindakan bagi menangani desakan berterusan pertubuhan-pertubuhan belia terkait isu had umur belia dengan pendekatan rundingan bersama pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan;

    4) Membentuk panitia khusus untuk menyelenggara Sambutan 77 Tahun MBM pada bulan Julai 2025;

    5) Beriltizam memastikan sambutan Hari Belia Negara di segenap peringkat berjalan lancar dan berimpak tinggi;

    6) Melaksanakan inisiatif perlindungan sosial bagi tujuan kebajikan para Exco dan kakitangan MBM;

    Mesyuarat juga mengambil maklum keadaan terkini Presiden MYHA yang juga Exco MBM, Sdr. Mohd Faiz Mohd Zin.

    Oleh yang demikian, mesyuarat bersetuju untuk membuka tabung khas bagi meringankan beban beliau sekeluarga.

    Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Kemanusiaan MBM di akaun Maybank 5640 2540 3782 rujukan #KeepStrongFaiz.

    AHMAD FARHAN ROSLI

    Setiausaha Agung

    Majlis Belia Malaysia

    Bertarikh : 11 Mei 2025

    LEBIH BERITA DISINI

    BERITA

    KENYATAAN AKHBAR

    ANTARABANGSA

    Translate »