MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media : MBM Seru Rakyat Kukuhkan Silatulrahim, Eratkan Perpaduan Melalui Sambutan Hari Raya Aidilfitri

KENYATAAN MEDIA

MBM SERU RAKYAT KUKUHKAN SILATURAHIM, ERATKAN PERPADUAN MELALUI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan belia.

Sebagai badan induk pergerakan belia negara ini, MBM berharap kita dapat bersama-sama menyambut aidilfitri dengan penuh rasa syukur atas segala nikmat yang diberikan selama ini.

MBM menyeru agar setiap masyarakat terutamanya generasi muda mengambil peluang ini dengan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim.

Lebih dari itu, aidilfitri sebenarnya memberi ruang kepada kita untuk lebih kenal-mengenali tidak mengira kaum, bangsa dan agama dengan mengenepikan segala perselisihan pendapat, fahaman politik dan sebagainya.

MBM juga menyambut baik kempen keselamatan jalan raya yang dilancarkan oleh Polis Di Raja Malaysia bagi mengingatkan rakyat agar berhati-hati sewaktu pulang berhari raya.

MBM percaya sasaran mengurangkan kemalangan maut sempena perayaan kali ini bukan sesuatu yang mustahil sekiranya semua pihak khususnya pemandu yang pulang berhari raya memandu dengan berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalan raya.

Marilah kita meraikan hari kemenangan ini dengan sifat tawaduk, ukhuwah sesama manusia demi keharmonian dan kesejahteraan yang berterusan.

 

Sekian terima kasih.

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

SETIAUSAHA AGUNG

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

Tarikh     : 14 Jun 2018

Telefon    : (013) 373 4934

Email      : mbmsua@gmail.com

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »