MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media MBM : Semangat Baru Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN)

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

  

SEMANGAT BARU MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MBPN)

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MBPN) Sidang III Penggal Ke-31 Tahun 2017-2018 yang akan bersidang pada 4 Disember 2018 dilihat akan menyaksikan perubahan cara berfikir dan bekerja pemimpin belia dalam memperjuangkan isu dan cabaran pembangunan belia dalam era Malaysia Baru.

 

Apabila menyentuh tentang pembangunan belia, istilah seperti pembinaan keupayaan (capacity building) dan penghakupayaan (empowerment) memang tidak dapat di pisahkan dan perlu difahami oleh kepimpinan belia.

 

Jika gerakan pembangunan belia difahami sebagai “capacity building”, ia tidak bermasalah. Ini kerana di dalam proses mengupayakan, seseorang belia perlu dididik dan dipupuk dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang menjadikannya memiliki keupayaan untuk mencapai sesuatu tujuan.

 

Tetapi, jika difahami sebagai “empowerment” atau penghakupayaan, ia sedikit bermasalah. Penghakupayaan ialah membolehkan dan mendapatkan belia untuk memahami dan bertindak atas semua isu (seperti peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan segala yang di sekitarnya yang mana mereka adalah sebahagian daripadanya.

 

Pembangunan belia mempunyai dua (2) kerangka yang perlu diberi perhatian iaitu kerangka perlaksanaan dan kerangka pendekatan. Dari segi kerangka perlaksanaan biasanya tidak ada masalah kerana adanya institusi pelaksana, dasar, program dan kewangan. Namun cabaran besarnya ialah amat sedikit yang mempunyai kerangka pendekatan yang sesuai dan berkesan.

 

Penghakupayaan mengiktiraf bahawa belia bukan sahaja pemimpin hari esok. Tetapi, belia adalah juga pemimpin hari ini. Penghakupayaan mengiktiraf bahawa belia mempunyai tiga permintaan utama. Mereka mahu suara mereka didengar, isu-isu mereka dibincangkan dan peranan mereka diiktiraf. Semuanya ini adalah dengan cara yang berorientasi dan mesra-belia. Di sinilah relevannya MPBN yang dilaksanakan di peringkat pusat dan diperluaskan di peringkat negeri dan daerah.

 

Konsep dialog atau diperbincangan di MPBN bukanlah di bibir mulut sahaja tetapi perlulah di tumpukan dengan saluran-saluran yang efektif. Pemimpin belia perlu mempergunakan MPBN ini untuk memperluaskan pandangan mereka. Ini akan membantu kerajaan mengikuti dengan dekat segala perubahan yang brlaku dan mendahului masa deoan dengan bantuan suara akar umbi belia yang berada di lapangan masyarakat.

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) akan sentiasa konsisten melihat pelbagai aspek dan cara untuk melibatkan golongan belia secara menyeluruh dalam kepentingan negara. Tumpuan sudah tentu kepada jenis perkhidmatan belia yang beerti dalam kontes pembangunan negara. Jenis latihan kepimpinan seperti Malaysian Future Leaders School (MFLS) perlulah digunakan untuk memberi belia pengalaman yang sangat berharga dalam mempelajari hidup dan kerja bersama-sama supaya mereka memahami dengan segala imbas apakah erti perpaduan yang sebenarnya.

 

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 2 Disember 2018 / 26 Rabiul Awal 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »