KENYATAAN MEDIA
MAJLIS BELIA MALAYSIA
MBM SOKONG KEPUTUSAN MENYERTAI STATUT ROM
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan dan menyokong sepenuhnya keputusan kerajaan Malaysia di dalam menyertai Statut Rom berkenaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Keputusan untuk menandatangani Instrumen Kesertaan untuk menyertai Statut Rome ini adalah satu manifestasi komitmen dan keikhlasan Malaysia dalam menangani jenayah berat di peringkat antarabangsa, iaitu jenayah pembasmian kaum, genosid, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Harapan anak muda Malaysia adalah dengan penyertaan Malaysia di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini akan membuka ruang kepada negara untuk terlibat aktif di peringkat antarabangsa khususnya di dalam isu-isu melibatkan hak asasi manusia dan politik antarabangsa.
MBM juga menyeru agar kerajaan konsisten di dalam membawa isu-isu antarabangsa yang menekan masyarakat global seperti isu Palestin, Uigur di China, isu kemanusiaan di Yemen dan isu Rohingya yang terus berlaku tanpa berkesudahan.
MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID
Naib Presiden
Majlis Belia Malaysia
merangkap;
Pengerusi Biro Pendidikan MBM
Tarikh : 8 Mac 2019
Tel : (019) 939 5139
Emel : izzat.alkalawie@gmail.com