MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media MBM : Masa Depan Majlis Perundingan Belia Negara

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MASA DEPAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA

 

 

Ketika penubuhan Majlis Perundingan Belia Negara (MBPN) pada 15 Mei 1971 sebenarnya telah membuka lembaran baru di dalam perjuangan kaum belia di-negeri ini la juga memberi pengertian bahawa kelahiran MPBN itu sebagai satu pengiktirafan Kerajaan terhadap peranan kaum belia di saat negara kita sedang meneroka jalan baru ke arah hari depan yang lebih aman dan makmur.

 

Saya menaruh harapan tinggi supaya MPBN ini terus menampakkan keberadaannya dan signifikan sebagai medan induk untuk pemimpin-pemimpin belia menyuarakan segala pendapat, teguran dan masalah mereka kapada kerajaan.

 

Melalui MPBN ini, pemimpin-pemimpin belia yang membawa suara akar umbi kaum belia akan dapat menghuraikan masaalah yang ada dihadapan mereka dam berikhtiar untuk merencanakan rancangan atau pelan tindakan yang lebih positif bagi masa akan datang.

 

Meninjau dari persidangan yang di adakan hari ini, saya percaya pemimpin-pemimpin belia diberi satu keyakinan bahawa harapan untuk sama-sama berpartisipasi dalam era Malaysia Baru akan dapat dilaksanakan. Banyak idea dan pandangan mengenai masaalah belia telah dikemukakan didalarn sidang kali ini. Beberapa ketetapan yang menyentuh soal ekonomi, sosial dan teknologi dalam memastikan kesejahteraan kaum belia telah di buat dan di sepakati. Ketetapan-ketetapan ini akan dikemukakan kapada kementerian dan jabatan atau agensi yang berkenaan untuk tindakan setanjutnya.

 

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah mutu persidangan ini adalah tinggi. Para wakil di dalam MPBN, baik pun wakil belia atau pun wakil kerajaan— telah mengeluarkan pendapat dan pandangan mereka dengan jujur dan ikhlas. Berdasarkan kepada apa yang di lalui, MBM boleh meramalkan bahawa MPBN ini akan berjaya memainkan peranan mereka untuk membantu kerajaan, di-dalam usaha menyusun semula satu rancangan pembangunan belia yang lebih konkrit, dinamik dan holistik lagi pada masa depan.

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 4 Disember 2018 / 26 Rabiul Awal 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »