MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media MBM : Kesukarelaan Bentuk Belia Penyayang

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

KESUKARELAAN BENTUK BELIA PENYAYANG

 

Tahniah kepada semua sukarelawan termasuk sukarelawan belia yang menyambut HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSAN (International Volunteer Day 2018) hari ini dengan membawa semangat memberilah sebanyak-banyaknya.

Kesukarelaan telah mengalami pengembangannya yang tersendiri. Kini, ia menyerlah dalam pelbagai bentuk. Daripada kerja-kerja sukarela secara sendirian kepada secara kumpulan. Daripada organisasi tidak formal kepada organisasi formal. Daripada peringkat kampung hingga peringkat nasional dan dalam negeri hingga ke luar negara.

Bagaimanapun, kesukarelaan mungkin membawa makna yang berbeza kepada orang yang berbeza, kepada masyarakat yang berbeza, dan kepada zaman yang berbeza. Ia amat dipengaruhi oleh sejarah, politik, ekonomi dan budaya sesuatu kawasan dan zaman.

Walaupun kerja-kerja kesukarelaan telah menjadi semakin kompleks, ia masih mengekalkan beberapa kunci utama yang membentuk ciri-ciri unik kesukarelaan. Terdapat tiga cirinya yang utama iaitu aktiviti tersebut tidak dilakukan untuk mendapatkan balasan kewangan,  aktiviti tersebut mestilah dilaksanakan secara sukarela iaitu mengikut kerelaan sipelakunya dan aktiviti tersebut mestilah mendatangkan manfaat kepada sesuatu kelompok masyarakat atau orang lain selain daripada sukarelawan itu sendiri.

Bagaimanapun, gerakan kesukarelaan adalah perkara utama dan pokok membentuk kesejahteraan sosial masyarakat kerana ianya mendatangkan manfaat yang signifikan terhadap sukarelawan itu sendiri yang akhirnya membentuk warga negara yang penyayang.

 

 

MUHAMMAD FADZLI HASAN

Timbalan Presiden

Majlis Belia Malaysia

 

Tarikh    : 5 Disember 2018 / 27 Rabiul Awal 1440 H

Tel         : (011) 2971 1124         

Emel      : fadzlihasan@gmail.com

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »